Sulit
3 tahun
Tidak pasti akan masalah yg dihadapi..samada sya kemurungan atau cuma stress biasa
hi doc…sya ingin mendapat nasihat mengenai perkara yg baru juga saya alami dlm beberapa bulan ini…sya sering merasa rendah diri…hilang keyakinan…dan kadang kala rasa marah dan benci diri sendiri…sya sering merasa bersalah walaupun jelas itu bukan salah sya…setiap kali ada pergaduhan sya sering d persalahkn…dan bila ingin menyelesaikn masalah…dan berbincang…perbincangan tersebut akan menjadi permulaan pergaduhan…dan berakhir secara tidak baik…saya mula rasa marah akan diri sendiri…hilang semangat…ingin menjauhkan diri dari semua org…dan lebih suka menyendiri…sya merasa diri tidak layak utk bergaul dgn sesiapa…kadang kala saya menangis tanpa sebab… mulanya sya segan utk terbuka tentang masalah ini…tapi sya perlukan nasihat drpd seseorang…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depressi atau kemurungan yang boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berasa sedih selama dua minggu berturut turut, kurang selera makan, tidur yang tidak nyenyak, hilang minat pada hobi atau aktiviti yang disukai, sukar memberi tumpuan dan bangun lebih awal daripada biasa.
Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.
Namun, kemungkinan besar masalah depressi boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan agar anda mencuba langkah berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.