
Anonymous
5 tahun
Tidak Period 2bulan dah buat pregnant test tp 1line je
saya wanita 27thn sy berkahwin pada 5/10/18 start lps kawin period sy xstabil selalu lewat 5hri tapi bln lps langsg xperiod shgga skrg. Tetapi 2hri lepas di pentis saya ada warna coklat sedikt adakah itu period? dan berat bdn sy meningkat walaupun saya puasa. mcm ne ye doktr apa yg perlu sy buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dalam hal ini adalah lebih baik anda lakukan ujian upt bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang status kehamilan anda. Selain itu, anda juga boleh ke klinik untuk mengesahkan status kehamilan.
Doktor akan melakukan ujian darah dan/atau imbasan ultrasound bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Tompokan coklat itu boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- implantasi janin pada rahim
- keputihan normal
- haid dan sebagainya
Pertambahan berat badan pula mungkin disebabkan:
- Kurangnya bersenam
- Makan berlebihan
- Hamil dan sebagainya
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.