hidayu_rahim91
3 tahun
Tidak period selepas makan postinor
Hai…saya beli postinor 2minggu lepas dan ahli farmasi menerangkan untuk makan 2biji terus xperlu ikot 1biji pertaman kemudian 12jam biji kedua…sehingga hari ji saya belum period…sudah lambat 3hari. Saya sangat risau anak saya masih kecil.berkesan kah ubat postinor yang saya makan 2biji sekali gus tu?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Kemungkinan besar anda mengalami gejala tersebut boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat Postinor .Secara amnya kesan sampingannya adalah:
- Keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan
- Keletihan, mual dan muntah.
- Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Jika anda meragui bahawa anda hamil ataupun tidak anda boleh membuat ujian air kencing ataupun skan ultrasound di klinik yang terdekat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih





















