
Sulit
5 tahun
Tidak selesa di bawah kiri abdomen dan pundi kencing
Saya lelaki berumur 49 tahun. Saya rasa tidak selesa di bahagian hadapan sebelah kiri bawah abdomen dan pada bahagian pundi kencing. Saya kerap berasa ingin terkencing dan kadang kala zakar juga terasa tidak selesa selepas kencing. Ada kehadiran buih dalam kencing saya dan kadang kala tidak. Air kencing jernih dan warnanya pun normal (light yellow). Bolehkan saya tahu apakah masalah yang sedang saya hidapi? Terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada permasalahan anda seperti:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.