
Sulit
4 tahun
Tidak selesa dibawah perut hingga ke pinggang
Baru baru ini saya berasa tidak selesa dibawah perut saya hingga ke pinggang .selepas itu lepas dua hari saya berasa ingin membuang air besar dan sebelum saya nak ke tandas saya berasa sakit bawah perut hingga ke pinggang apakah penyakit tersebut ?bagaimanakah untuk merawat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sembelit
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Batu karang
- Bagi perempuan - masalah ovari seperti ovulasi, ovari terbelit
- Angin pasang (hernia)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.