
Sulit
4 tahun
Tidak selesa ketika bernafas. Adakah termasuk dalam simptom covid-19?
Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya memang ada masalah lelah jika cuaca kerap berubah yang bermula dari selsema ke batuk dan ke lelah. Tetapi kali ini saya tidak selsema melainkan hidung tersumbat yg mana saya sudah berjumpa doktor dan doktor menyatakan saya terkena sinusitis berpunca dari hidung tersumbat pada malam sebelumnya. Kemudian hari berjumpa doktor tersebut, saya mengalami demam yang tak terlalu kuat tetapi saya dapat rasa yang badan saya agak lemah. Selepas itu saya rasa tidak enak bila bernafas. Saya boleh bernafas dan tarik nafas dalam secara normal cuma terdapat rasa seperti bernafas dalam keadaan sesuatu menghempap dada saya. Persoalannya adakah itu berkait dengan simptom covid-19? Ataupun itu adalah simptom penyakit lelah yg saya selalu hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sesak nafas secara amnya bermaksud apabila anda tercungap-cungap untuk menarik nafas dan nafas tidak cukup. Oleh itu, sesak nafas merupakan simptom yang sama dalam kedua-dua penyakit.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini