
Sulit
5 tahun
Tidak selesa ketika buang air. Adakah rahim jatuh atau sebaliknya
Saya 19 tahun. Sejak akhir ni sy kerap buang air dan rasa tak selesa di vagina. Nyeri pon ada mak sy ckp mungkin rahim turun. Dia suggest untuj buat senaman. Sy buat tiap hari tapi tiada kesab. Kalau membantu pon sekejap je. Rase tidak selesa di bawah perut. Sy takut kalau perkara ni bahaya. Sy perlukan pendapat doktor. Sekiranya blh bahaya sy akan pergi ke hospital. Apa yang perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kerap kencing, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang di alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih