
Anonymous
5 tahun
Tidak selesa pada kemaluan
Saya berasa tidak selesa pada bahagian kemaluan. Mungkin kah ianya jangkitan kuman? Utk pengetahuan, saya hamil 6 bulan. Adakan ianya bahaya untuk
kandungan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti apakah yang anda dimaksudkan dengan tidak selesa adakah ia gatal? ataupun sakit? sebelum kami membuat kesimpulan.
Terdapat beberapa simptom jangkitan kuman iaitu:
Kegatalan
Timbulan bintik bintik disekitar kulit kemaluan
Terdapat pengeluaran cecair yang berbau
Jikalau hal ini amat membimbangkan anda amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor supaya dapat mengelakkan komplikasi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.