
sector.q28
5 tahun
Tidak selesa pada tapak kaki
Saya mempunyai anak perempuan berusia 7 tahun. Masalah yang sering dihadapinya pada waktu malam ialah ketidakselesaan pada tapak kaki. Anak saya sering menekan kuat pada bahagian tengah kedua-dua tapak kakinya. Apabila ditanya dia menjawab seperti terasa sesuatu yang bulat didalam tapak kaki. Perbuatan menekan dengan kuat pada kedua-dua tapak kaki membuatkan dia berasa selesa kerana ‘guli’ yang dikatakannya sudah beralih tempat. Jika saya ingin membawa ank saya berjumpa pakar, bahagian apakah yang paling tepat untuk dirujuk? Pada pandangan Dr2 sekalian, apakah sebenarnya penyakit anak saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab soalan anda, maklumat lebih lanjut perlu diketahui samada kaki anak anda sakit ataupun tidak, terdapat ruam ataupun tidak dan banyak lagi. Anda boleh merujuk kepada pakar kanak-kanak sekiranya terdapat masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.