
Sulit
3 tahun
Tidak suka hidup di dalam dunia nyata. Sudah terbiasa hidup di dalam dunia sendiri. Apa yang harus saya lakukan?
Saya bertanya bagi pihak kawan saya. Baru-baru ni, saya meminta dia bercerita dengan saya tentang masalah yang dihadapi. Dia wanita 22 tahun. Seorang yang pendiam dan tak ramai kawan. Pernah dibuli dan diejek. Dia kata, dia ketagih berada di dunia sendiri. Dunia yang dimaksudkan adalah dunia di dalam fikiran. Boleh menghabiskan waktu sehari suntuk di dalam dunia itu. Takut berada di dunia nyata kerana selalu mengecewakan. Dia beritahu saya, kadang-kadang dia akan munculkan orang-orang yang dia minat di dalam fikirannya sedangkan di dunia nyata mereka tidak pernah bertegur sapa. Di dalam fikiran, dia membayangkan dirinya berbual, gelak ketawa dengan mereka.
Adakah ini ada kaitan dengan kesihatan mental? Apa yang saya harus lakukan untuk membantu dia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan terangkan anda, gejala rakan anda tersebut tidak semestinya masalah mental, namun ia juga boleh disebab oleh masalah seperti tekanan emosi, kecelaruan personaliti, kemurungan, mania dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah rakan anda, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Untuk makluman anda, rakan anda juga boleh mencubakan beberapa cara berikut untuk menyenangkan masalahnya, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Sekiranya diperlukan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.