Sulit
3 tahun
Tidak tahu waktu kesuburan akan datang pada waktunya
Hi doktor, saya sudah berkahwin 1 tahun 2 bulan, saya dan suami mempunyai perancangan untuk ada anak, tetapi masalah saya sekarang ialah saya tidak tahu bila kesuburan itu berlaku kerana saya punya cycle 36 hari kadang kadang 34, 33, pernah sekali masa lepas sebulan dua after saya kahwin ada sebulan tidak datang bila saya makan acid folid baru datang itu pun hari ke 40 keatas. tidak menentu dan saya punya haid 1 - 7 hari. Jadi saya harap sangat doktor boleh bagi saya ilmu pengetahuan tentang masalah saya ni. Harap doktor beri penjelasan. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haidbagi sesiapa yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan.
Terdapat juga beberapa cara untuk mengenal pasti Tarikh subur iaitu:
- Mengunakan perhitungan hari secara manual
- Penghasilan keputihan yang banyak pada waktu kesuburan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.