
Sulit
4 tahun
Tidur yang tidak cukup
Saya ada masalah tidur 2 buln , tidur saya kurang 6 jam . Boleh tak doc terangkan punca saya susah nk tidur dan apa kesannya terhadap badan saya . Adakah saya perlu makn ubat tidur. Sejak dari masalah saya ni doctor , muka saya nampak mcm tua sikit , selera makn saya jd kurang . Darah haid saya jd merah cair dan terlalu kehitaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mempunyai masalah untuk tidur:
- Masalah psikologi: Kemurungan (depression), resah (anxiety), penyakit bipolar
- Suasana bilik seperti kurang gelap, bunyi bising
- Perimenopaus dan menopaus bagi wanita
- Obstructive sleep apnea
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa seseorang mengalami masalah tidur. Sebagai maklumat tambahan, ubat tidur atau penenang hanya boleh didapatkan dengan preskripsi doktor.
Kesan kurang tidur kepada seseorang adalah:
- Mood senang terganggu seperti cepat marah
- Penuaan
- Risiko meningkat untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain
- Mengganggu aktiviti harian anda
- Nafsu berkurangan (decreased libido)
Antara cara yang anda boleh lakukan dan praktikkan untuk mengatasi masalah tidur adalah:
- Elakkan dari menggunakan gajet 30 minit atau 1 jam sebelum tidur
- Pastikan bilik anda gelap dan sunyi
- Mandi atau segarkan badan sebelum tidur
- Pastikan suasana bilik anda selesa
- Jika anda memerlukan stimulasi untuk tidur, anda boleh pasang muzik yang direka khas untuk tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda. Terima kasih.