Sulit
4 tahun
Tinggal 1 rumah dengan pesakit covid
Adik sy disahkan positif . Dan terus dikuarantinkan dalam blik . Dan berapa hari lepas tu adik sy yg lain disahkan positif .
- Mcm mana dengan sisa makanan dan minum mereka yg dalam peti ais ? Perlu ke sy buang semua brg dlam peti ais dan sanitize peti ais ?
2.sy beli sanitize brand wecare dan tiada achohol. Adakah berkesan .jika sy sanitize rumah.barang2 dlm rumah sy bole terus sentuh atau mcm mana ?
3.slah seorg adik sy dh habis kuarantin . 18.8 harini ada hari ke 12 . Dia bole lakukan rutin harian seperti biasa atau kuarantin lagi ?. Sebab dia masih batuk .
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, virus Covid-19 tersebar melalui titisan cecair daripada air liur, atau apabila individu positif batuk atau bersin. Selain itu, titisan cecair daripada individu positif Covid-19 boleh berada di atas permukaan barang-barang yang disentuh oleh individu tersebut dan ini boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain yang menyentuh barang tersebut. Oleh itu, sebaiknya sisa makanan dan minuman adik anda yang positif dibuang. Anda juga memaklumkan bahawa anda menggunakan ubat pembasmi kuman jenama WeCare. Sekiranya sanitizer tersebut diiktiraf oleh KKM, maka ia berkesan. Setelah membersihkan rumah dengan pembasmi kuman, tidak menjadi masalah untuk anda menyentuh barang-barang di rumah. Pastikan anda memakai sarung tangan dan pelitup muka ketika membersihkan rumah bagi mengelakkan jangkitan virus ini.
Mengenai soalan ke-3 anda, kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh adik anda. Sebaiknya anda merujuk kepada CAC berdekatan untuk mendapatkan kepastian. Kebiasaanya, selepas tamat tempoh kuarantin, kadar kebolehjangkitan virus ini akan menjadi rendah. Memadangkan adik anda masih bergejala, adik anda boleh mendapatkan ujian Covid-19 untuk mengetahui statusnya.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































