
jaehyo.lead
4 tahun
Tiroid dan mencuba utk hamil
saya wanita 22 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai masalah tiroid . Jika saya ingin mencuba untuk mengandung . Apa langkah langkah untuk buat persediaan? 1st pregnancy saya keguguran waktu 10 week

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, jika kelenjar menghasilkan terlalu sikit atau terlalu banyak ia menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah ketika hamil. Namun, jika mempunyai masalah kelenjar tiroid, masih ada peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan kehamilan yang sihat ialah dengan melakukan ujian fungsi tiroid dan memakan ubat yang diberikan doktor.
Oleh itu saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dahulu untuk mengetahui perancangan yang lebih teliti untuk anda ketahui dalam merancang kehamilan anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.