
Sulit
3 tahun
Titik keputihan pada kuku jari tengah yangan kanan
3 minggu lepas, saya perasan ada satu titik warna putih di bahagian jari tengah tangan kanan saya. Saya tiada tanda-tanda masalah kesihatan. Lepas minggu ke-3, saya perasan titik putih tu dah nak hilang. Apakah punca-punca munculnya titik keputihan di kuku? Adakah itu bermakna saya mempunyai penyakit yang seruis? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin mengetahui punca munculnya titik keputihan pada kuku. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan zat di dalam tubuh
- kecederaan yang menyebabkan geseran pada permukaan kuku
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- alahan
- kesan ubat-ubatan
- jangkitan kulat
- penyakit sistemik yang lain
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.