
Sulit
3 tahun
Tompok merah ketika bayi kencing
Saya mempunyai anak berusia 2 bulan lebih, hari ini sya tukar pampers anak ternampak ada tompok merah jambu sedikit diarea air kencingnya smlm juga ada… Jadi saya ingin bertanya mengapa dan kenapa? Adakah sbb sya mkn habatul sauda kerana sya +ve covid dan anak sya -ve… Sya mohon percerahan dri doktor.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemerahan di kencing dan najis bayi anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan Kuman pada salur kencing
- Batu karang
- Masalah buah pinggang
Walaubagaimanpun, anda boleh membuat test untuk menentukan jika anak anda berjangkit jangkitan Covid-19 supaya kerisauan anda boleh ditentukan.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.