Sulit
2 tahun
Tompokan darah selepas haid kering
Hai. Saya baru habis period. Selepas kering beberapa hari ada tompokan merah yg keluar yg saya rasa bukan darah period dan sekarang saya kerap rasa penat dan sakit belakang. Adakah ini suatu yg normal atau ada penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi tompokan darah beberapa hari selepas haid. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Namun, untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid adalah sukar kerana maklumat yang lebih terperinci mengenainya adalah diperlukan. Namun, secara umumnya, keadaan ini boleh berlaku kerana:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Pengaruh perancang kehamilan
- Kehamilan
Gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Kehamilan ektopik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.