
watyjb
5 tahun
Tonsel tahap 3 utk knk² berusia 6thn
Anak sy berusia 6thn, bila tidur berdengkur kuat spt org dewasa, kerap batuk²… Setelah membuat pemeriksaan doctor didapati tonselnye membengkak thp 3, so akn direfer pd pakar e&t… Soalan sy ad x cara utk mengecutkan tonsel tersebut selain dr pembedahan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Lazimnya apabila kelenjar tonsil ataupun adenoid yang bengkak sehingga mampu menutup saluran pernafasannya, pembedahan akan dibuat kerana mampu mengancam nyawa dan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Namun, jika bengkak tidak serius ataupun pada tahap awal, ubat-ubatan dan pencegahan daripada bahan yang mampu menyebabkan alahan adalah cara untuk merawatnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut berkaitan pertanyaan anda. Terima kasih.