
Sulit
4 tahun
Tonsil bengkak dan kekuningan
Saya melakukan msm pada bulan Ogos tahun ini dan saya dapati selepas seminggu tekak saya rasa tidak selesa dan tonsil bengkak kekuningan , dan kahak putih selalu ada dari pagi sampai malam. Ubat apa yang saya perlu beli di disini untuk hilangkan sakit ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tonsil bengkak dan berwarna kekuningan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, tonsil bengkak dan berwarna kekuningan ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau kulat yang boleh menyebabkan keradangan pada tonsil tersebut. Tonsil merupakan satu kelenjar yang berfungsi sebagai imun pertahanan badan kita yang menghancurkan bakteria, kulat atau virus khususnya pada ruangan mulut dan tekak kita.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Pada pendapat kami, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah keradangan tonsil anda kerana keradangan tonsil boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang pelbagai jenis dan setiap jenis memerlukan rawatan yang khas. Selain itu, jangkitan pada tonsil juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus seperti influenza yang memerlukan siasatan lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.