
Sulit
4 tahun
Tonsil membengkak sebelah kanan dan nanah pada poket tonsil
nanah pada poket serta kawasan tonsil sebelah kanan tetap berulang walaupun telah dibuang menggunakan alat pencukil dan hanya bengkak disebelah kanan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan kawasan tonsil anda boleh dijangkiti semula walaupun anda telah membuang tonsil. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kenyataan tanpa memeriksa keadaan tonsil anda. Oleh itu anda perlu pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya dalam hal ini.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.