
hafizsyafiqul
5 tahun
Tonsil sering bengkak sukar tido
Selamat sejahtera, saya hafiz 23 tahun. Kerap berlaku tongsil bengkak pada usia 20 tahun sampai sekarang. Selalu pergi hospital bagi ubat kecut and sudah okay. Memang kalau kene mesti agak sukar nak tido telan pin susah. Masalah bau mulut pon makin ketara. Adekah patut saya oprate untuk buang tonsil saya tersebut. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada rawatan pembedahan tonsillektomi. Antaranya:
Kekerapan frekuensi episod sakit tekak
Sekurang-kurangnya tujuh episod sakit tekak pada tahun sebelumnya, lima episod dalam setiap tahun selama dua tahun sebelumnya, atau sekurang-kurangnya tiga episod dalam setiap tahun selama tiga tahun sebelumnya.Ciri-ciri Klinikal
sakit tekak bersama salah satu daripada gejala berikut:
-demam tinggi, bengkak kelenjar tengkuk, nanah di tonsil, positif kuman berbahaya seperti GBSRawatan
Pernah menerima antibiotik untuk merawat kuman berbahaya seperti GBS
Walaubagaimanapun, perkara diatas hanyalah panduan bagi merawat masalah anda secara pembedahan. Keputusan akan dibuat oleh doktor ENT yang akan menjalankan pembedahan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.