
Sulit
5 tahun
Tonsillectomy tekak gatal
Saya baru habis opreationp tekak…tekak saya gatal dan batuk kuat saya tak boleh tahan…cara berhenti batuk ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal tekak setelah operasi tonsilektomi boleh timbul disebabkan oleh pembengkakan dan pembentukan parut di tempat lokasi operasi. Antara yang boleh dilakukan sekiranya terdapat batuk adalah:
- Mendapatkan ubat batuk daripada doktor
- Mengambil makanan lembut
- Pastikan minum air dengan cukup agar tidak terjadi dehidrasi
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.