intansukor89
5 tahun
Towel sejuk atau warm towel lebih advisable untuk cegah corona virus
is it advisable to hand out warm towel for participant in an event. or will it not make any difference
5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Tiada sebarang perbezaan jika anda menggunakan tuala sejuk atau panas kepada peserta. Namun, memandankan terdapat kebarangkalian risiko COVID19 di majlis yang mempunyai ramai pengunjung atau peserta, anda disarankan untuk menjalankan langkah berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia. Anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air. (Sediakan hand sanitizer di majlis tersebut di pelbagai lokasi majlis)
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. (sediakan poster bagi menasihati orang ramai untuk menjalankan langkah tersebut)
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. (sediakan topeng muka kepada peserta yang tidak sihat)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































