
Sulit
4 tahun
Trypanophobia (fobia jarum)
Abang saya ada fobia jarum sejak kecil.
Walaupun dah berumur, dia boleh jerit macam histeria bila nak kena cucuk. Malah, pernah larikan diri dari klinik waktu nak cabut gigi.
Jadi, dek kerana kita semua diwajibkan untuk menerima vaksin dalam waktu terdekat ni, abang saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan terganggu.
Boleh kah fobia ini diubati, atau dikurangkan kesannya?
Bagaimana orang yang ada fobia jarum mudah untuk mengambil vaksin?
Kalau tiada jalan penyelesaian,
bolehkan saya pengsankan abang saya dan angkut beliau ke klinik untuk menerima suntikan?
lalu menerima rawatan kerana cara saya pengsankan beliau mungkin… berbahaya… mungkin tak kut. tapi, just in case.
terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak abnag anda. Namun jangan khuatir kerana abang anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, gelisah atau cemas ketika berdekatan dengan benda tajam atau jarum merupakan salah satu dari gejala psikologi yang mendebarkan dan wajar diberi perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- trypanophobia
- aichmophobia
- belonephobia
- enetophobia
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi secara kolektif. Abang anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan abang anda untuk tidak berasa terlalu runsing terkait pengambilan vaksin kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan buat masa ini. Tambahan pula pihak kesihatan sedia maklum dengan potensi individu yang mempunyai fobia terhadap jarum dan mereka mempunyai pelbagai kaedah untuk memastikan individu tersebut tetap mendapatkan vaksin dengan cara yang selesa di hospital atau klinik.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan abang anda untuk mencuba:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat
- belajar untuk desensitasikan diri dengan jarum
- mencari kaedah-keadah lain yang membantu dalam menenangkan diri
- breathing exercise
- meditation
- dll.
- mendapatkan bantuan kaunseling untuk mengatasi fobia
- mendapatkan rehat yang cukup sehari sebelum vaksinasi di ambil
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.