
Sulit
4 tahun
Tsh lebih tinggi dari bacaan asal
Hai doc, baru2 nie sy perasan pd leher sy ade seperti bengkak kemudian sy merujuk ke klinik swasta dan doc ambil darah keputusan keluar tsh sy tinggi sebanyak 13.67 dan minta sy merujuk ke hospital kerajaan… Punca bacaan tsh (thyroid function) berkait dengan apa?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
TSH yang meningkat boleh berpunca dari:
- Gangguan fisiologi tubuh seperti:
- Kekurangan pengambilan iodin dalam diet
- Kehamilan
- Pasca terapi radiasi ke kawasan leher
- Pasca rawatan iodin radioaktif
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Pasca pembedahan kelenjar tiroid
- Penyakit seperti:
- Hashimoto thyroiditis
- Masalah dengan kelenjar tiroid sejak dilahirkan (baca: congenital disease)
- Kerosakan atau gangguan kelenjar pituitari
- Gangguan hipotalamus
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Endocrinologist kami sedia membantu
Saya menyarankan anda untuk meneruskan rujukan tersebut namun sekiranya masih memerlukan bantuan, boleh menghubungi kami menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.