
Sulit
5 tahun
TTC (trying to conceive)
Saya wanita berumur 20an. Saya dah berkahwin selama setahun lebih dan nak masuk 2 tahun dah tapi belum dikurniakan zuriat. Saya mempunyai berat badan yg berlebihan dan BMI lebih dari 30. Adakah itu punca saya tak dapat hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk seseorang itu hamil sememangnya akan mengambil masa dan terdapat beberapa faktor mengapa seseorang itu tidak dapat hamil seperti:
- Faktor isteri - fibroid rahim, endometriosis, penyakit radang pelvis, masalah saluran ovum
- Faktor lelaki - tidak cukup sperma, sperma cacat/kurang aktif
- Faktor lain - seperti serviks rapat, masalah hormon
Ujian Pap smear mungkin dapat melihat sekiranya terdapat punca yang menyebabkan kesukaran anda untuk hamil namun ia akan dibuat berdasarkan faktor-faktor sejarah kesihatan dan punca masalah yang mungkin menjadi penyebab masalah anda. Untuk melihat status ovum anda, ianya memerlukan pemeriksaan doktor di klinik pakar atau hospital kerana perlatan serta ujian darah diperlukan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.