
Sulit
4 tahun
Tulang belakang area pinggang
Saya nak tanya saya 20 tahun kebelakangan ni saya perasan area pinggang dengan tulang belakang rasa sakit nak kata sakit macam lenguh pun ada jadi saya nak tanya adakah kerana baring terlalu lama ke atau apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang pada kawasan pinggang. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- ketegangan otot atau ligamen
- slipped disc tulang belakang
- arthritis
- sciatica, masalah pada saraf tunjang
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika:
- kesakitan anda berpanjangan lebih seminggu
- kesakitan tidak hilang bila rehat atau baring
- kesakitan merebak sehingga ke kaki
- menyebabkan rasa kebas pada kaki
- kesukaran untuk kencing
- demam
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!