
Sulit
3 tahun
Tulang bhgn antara pinggul n pinggang
Sakit di bhgn antara pinggang n pinggul. Tiap kali duduk di bwh, x smp 5 minit dh ml sakit
Keadaan akn brlarutan jika sy x cb luruskn bdan sm ada berbaring atau berdiri… adkh ini serius n sjns pnykit brkaitan tlg?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan dengan sakit pinggang dan pinggul yang tercetus setiap kali duduk di bawah (tidak sampai 5 minit) dan berlarutan walaupun cuba meluruskan badan ketika berbaring atau berdiri. Anda juga ingin mengetahui sekiraya gejala-gejala tersebut serius atau tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh:
- ketegangan otot
- keradangan pada sendi atau tulang
- jangkitan pada tulang belakang
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Herniated Nucleus Pulposus
- Penyakit sciatica
- Ketumbuhan pada tulang belakang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.