
ddana.yoon.dini
4 tahun
Tulang di belakang kening belah kiri saya berdenyut denyut
dah lebih 2 hari…saya sudah pergi klinik dan doktor bagi saya ubat tahan sakit sahaja…tapi hanya berkesan dalam 2 jam sahaja…jadi saya nak tanya,ada apa-apa tips untuk hilangkan terus denyutan ni?saya juga dah tidur dengan secukupnya , hanya bermain alatan gadjet dalam jangka masa yang singkat juga…tapi masih rasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.