
Sulit
2 tahun
Tulang patah Dan bengkak lambat susut
Saya baru menjalani pembedahan tulang peha patah sebulan yg lps, sampai sekarang bengkak di daerah patah belum susut…selain dari itu sudah…adalah kerana serpihan tulang yg tidak di keluar kan itu membuat bengkak tidak susut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kaki bengkak setelah operasi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Komplikasi pembedahan
- Trombosis vena dalam yaitu apabila darah menggumpal kebanyakannya akibat kurang bergerak
- Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)
- Cellulitis yaitu keradangan kulit dan lapisan bawahnya
Memandangkan kemungkinan penyebab yang tersenarai diatas adalah serius, adalah digalakkan untuk anda mendapatkan perawatan segera. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.