
Sulit
4 tahun
Tulang Rusuk kanan bengkak dan membesar
Selamat malam Doktor. Saya Ada masalah pada tulang rusuk kanan saya. Pada 3 minggu lepas Saya terasa sakit dada seperti ditusuk secara tiba tiba tanpa sebab yang jelas dan saya dapati tulang rusuk kanan dibawah payudara agak menonjol dan bengkak. Saya tidak pernah Ada kecederaan pada tulang rusuk kanan saya. Pada mulanya saya ingat Hanya Pembengkakkan otot. Tapi tulang rusuk saya sudah 3 minggu menonjol. Dan saya perasan tulang rusuk kanan saya semakin membesar dan bengkak. Bila saya tekan pada tulang tersebut tidak rasa sakit. Sakitnya datang bila saya Tarik nafas dan semasa saya berbaring. Saya kerap sakitt pada waktu malam sebelum saya tidur. Boleh doktor terangkan masalah tulang rusuk yang saya hadapi ini? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan serta pemeriksaan doktor adalah diperlukan bagi mengenalpasti punca bengkak pada bahagian tulang rusuk. Antara punca-punca yang boleh terjadi adalah:
- “Splenomegaly” - limpa bengkak akibat jangkitan kuman dalam badan, banyak sel-sel darah merah mati dan lain-lain
- Radang tulang rusuk (kostokondritis)
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kista (“Cyst”) badan
- Bengkak kalenjar payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini [(DoctorOnCall)] (https://www.doctoroncall.com.my/patient#/signup)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.