
Sulit
3 tahun
Tulang rusuk sebelah kiri saya krem
SAYA WANITA BERUMUR 22 TAHUN. SAYA NAK TANYA KENAPA TULANG RUSUK SEBELAH KIRI SAYA SAKIT SEJAK BEBERAPA HARI INI. APABILA SAYA MINUM DIA KREM DAN TAJAM SANGAT MENDALAM. BOLEH SAYA TAHU KENAPA? DAN CARA MENGUBATNYA?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian tulang rusuk kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
- Pleuritis
Sila berjumpa dengan doktor di khidmat kecemasan dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Sesak nafas
- Anda merasa sakit dada
- Sakit dada merebak ke lengan, dagu atau ke belakang dada
- Rasa mual atau muntah, ingin pitam
- Tidak boleh bercakap
- Bibir atau jejari biru
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor