
Sulit
4 tahun
Tulang saya berbunyi
Saya perempuan berumur 16 thn… Tulang di kaki tangan rahang mulut berbunyi. Kdg2 rasa lenguh. Kenapa jadi mcm tu. Perlu ke saya bone scan. Ok. Terima kasih byk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kelenguhan pada kaki, tangan dan rahang boleh disebabkan oleh beberapa faktor am seperti:
- Ketegangan otot
- Dehidrasi
- Kecederaan atau tabiat
- Kurang zat besi atau elektrolit dalam badan yang tidak seimbang
- Kurang vitamin D atau kalsium
Pada biasanya, gejala sendiyang berbunyi ini adalah disebabkan oleh cecair sendi yang mempunyai udara (bubbles) teperangkap dalam cecair tersebut. Jika anda gerakkan regangkan sendi tersebut, kembungan udara tersebut akan meletup dan menyebabkan bunyi-bunyi yang diperihalkan oleh anda. Perkara ini selalunya tidak perlu dibimbangkan, dan ia biasanya disebabkan oleh faktor-faktor am yang disebutkan di atas tadi.
Namun, jika anda mengalami sakit tulang seperti kelemahan, kerapuhan, sakit berdenyut, ketegangan sendi, ataupun masalah pergerakan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti masalah yang anda hadapi. Sementara ini, anda tidak perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan bone scan tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.