
Sulit
5 tahun
Tumbuh biji di puting payudara
saya sekarang hamil 31w baru ni terdapat biji di tepi puting payudara sudah 4hari rasa sakit sangat2 tak boleh disentuh dan membesar.doktor klinik swasta mengatakan sudah infection sebab sudah membesar dan sangat sakit.diberi ubat curam tablet 625mg (Amoxycillin Trihydrate and Potassium Clavulanate)bahaya ke untuk kandungan saya ni untuk makan dos ubat antibiotik yang ini?kena makan 1biji 2kali sehari dan katanya kena habiskan untuk 5 hari.sebabnya doktor kerajaan sebelum ni tak bagi ubat antibiotik disebabkan terlalu sakit saya pergi ke klinik swasta.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat ini tidak memberi sebarang risiko kepada kandungan anda dan selamat digunakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.