
Sulit
5 tahun
Tumbuh biji kecik kat kelopak mata tapi satu je tumbuh
Saya bangun tido rasa tak sedap di mata bila pegang rasa kait kemudian bila tgk cermin ada tumbuh satu biji kecil putih macam lutsinar di kelopak mata bila pegang sakit macam mana nak atasi masalah ini dan adakah bena ini berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbit (stye) - disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata
- Chalazion - penakungan minyak pada kelenjar kelopak mata
- Xanthelasma - muncul akibat adanya timbunan lemak yang disebabkan oleh tingginya kolesterol dalam darah yang kemudian ‘dibuang’ di jaringan bawah kulit ( terjadi di kalangan usia 40-50 tahun)
- dan sebagainya
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.