
Sulit
4 tahun
Tumbuh butir kecil di bahagian kelopak bawah mata
Saya wanita berumur 19 thn. Mengalami masalah tumbuh butir kecil di bhgn mata kanan saya shj. Dan rasanya sgt gatal n kdg2 tu bwh mata sy kemerahan sehingga menyebabkan kulit menggelupas di bhgn itu shj. Skrang ianya tumbuh 2 biji butir kecil di bhgn kelopak mata saya. Dahulu saya pernah mengalami mata bertimbang di bhgn mata kanan juga. Adakah ianya berbahaya doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala ketumbit atau bahasa perubatannya hordeolum luaran yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor mahupun punca, sehingga ia memerlukan pemeriksaan berkala yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan jangka pendek mahupun jangka panjang yang terbaik.
Secara umumnya, butir kecil di bahagian kelopak mata bawah boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar mata
- penyakit mata seperti Hordeolum, Chalazion dll.
- Atau gangguan mata yang lain
Buat masa ini anda disarankan untuk:
- perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit
- melakukan tuaman sesuai arahan doktor
- membersihkan kelopak mata dengan cara yang betul
- menjauhkan diri dari keadaan yang memudahkan ketumbit berlaku kembali (i.e. berada di kawasan berhabuk, kotor, dll.)
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui rawatan yang lebih berkesan, pemeriksaan lanjutan dan berkala perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).