
niesa.akram
6 tahun
Tumit kaki kiri sakit
Saya wanita berusia 32 tahun. Baru-baru ini saya mempunyai kesedaran untuk mengurangkan berat badan saya. Saya mula makan secara sihat dan berjogging. Tapi, setiap kali selepas jogging, tumit kiri saya sangat sakit. Saya ada terbaca mengenai penyakit Plantar Fasciitis.
Jadi bagaimana saya ingin menurunkan berat badan dengan beriadah tanpa menyakitkan tumit kaki saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
‘Plantar fasciitis’ merupakan sakit pada tumit yang terjadi akibat kecederaan pada salah satu kumpulan tisu di telapak kaki yang dinamakan sebagai fascia plantar, Ia bermula daripada tulang tumit (calcaneal bone) dan mengunjur sehingga ke tulang jari kaki.
Sakit tumit plantar fascitis juga memerlukan ciri-ciri yang berikut untuk membantu para doktor mengesan diagnosis:
- Sakit tumit paling teruk selepas tempoh tidak aktif yang lama, contohnya selepas tidur atau duduk.
- Sakit tumit paling teruk di penghujung hari bagi mereka yang menggunakan kaki sepanjang hari.
- Berjalan tanpa alas kaki, berjingkit, atau menaiki tangga meningkatkan rasa sakit
- Meninggikan kaki ketika duduk mengurangkan rasa sakit
Anda boleh cuba aktiviti sukan yang tidak mencederakan tumit contohnya aktiviti dalam air (berenang) dan berbasikal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi,dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.