lim

6 tahun

Tumit saya selalu sakit sampai ke betis

Hi Dr. . Sy sorang penghidap kencing manis lebih drpd 30 tahun. tumit saya selalu sakit sampai ke betis. Apakah masalah itu?

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit dan kaki termasuk:

  • Kencing manis
  • Kecederaan kaki
  • Masalah saraf

Kondisi anda berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh diabetic neuropathy, iaitu sejenis komplikasi kencing manis yang melibatkan urat saraf yang terjejas.

Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menjejaskan urat saraf terutamanya di bahagian tangan dan kaki. Saraf yang terjejas akan menyebabkan kesakitan.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda. Jika anda disahkan mengalami masalah urat saraf, doktor akan memberi ubat-ubatan seperti gabapentin atau pregabalin untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Ubat-ubatan ini hanya boleh mengurangkan kesakitan tetapi mereka tidak dapat menyembuhkan penjejasan urat saraf anda. Masalah tersebut hanya boleh dirawat dengan kawalan gula yang ketat.

Oleh itu, pastikan anda menggunakan ubat kencing manis setiap hari berdasarkan arahan doktor. Anda juga digalakkan untuk mengamalkan diet yang sihat, bersenam dengan kerap dan selalu memeriksa paras gula anda untuk mengelakkan komplikasi kencing manis.

Anda digalakkan untuk bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Seperti yang anda telah menyatakan, anda seorang pesakit diabetik. Anda berkemungkinan mengalami penyakit diabetik neuropati periferal (diabetic peripheral neuropathy).

Diabetik neuropati periferal adalah kerosakan saraf yang disebabkan oleh kadar gula darah yang tinggi dan kencing manis. Ia menyebabkan:

  • Rasa kebas
  • Kehilangan sensasi
  • Kesakitan di kaki, betis, atau tangan anda.

Ia adalah komplikasi diabetes yang paling biasa. Kadar gula yang sangat tinggi dalam darah boleh merosakkan saraf kaki dan juga bahagian lain badan anda.

Saraf yang rosak ini tidak boleh membawa mesej di antara otak dan bahagian badan yang lain. Ini bermakna anda mungkin tidak merasa panas, sejuk, atau sakit di kaki atau tangan anda.

Jika anda mendapat luka atau sakit pada kaki anda, anda mungkin tidak tahu, sebab itulah sangat penting untuk memeriksa kaki anda setiap hari. Akibatnya boleh mengancam nyawa.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang secukupnya

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)