Sulit
3 tahun
Tumpah darah bersama air ketuban
Hai Doktor, sy mira. Sekarang hamil 27 minggu. Saya alami pendarah hampir seminggu. Dan Dr baru dpt kesan air ketuban saya keluar bersama darah. Saya berada dihospital ketika ini. Dr dah on ubat antibiotics dan ubat utk kuatkan paru-paru bayi. Ini first time sy alami untuk kandung yg ketiga saya. Apa kemungkinan akan berlaku untuk situasi saya Dr? Saya juga ada GBS. Tolong beri pencerahan yg lebih jelas. Sbb Dr kat sini tidak memberi saya penjelasan yg jelas dgn kes saya… saya masih keliru… saya perlu kan jawapan untuk saya kuat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan air ketuban (chorioamnionitis)
- Placenta abruption
- Kelahiran pramatang (premature labor)
- Placenta previa (uri menutup laluan keluar bayi)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia tidak khusus berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda di dalam ruangan soalan. Sukar untuk kami katakan punca sebenar memandangkan [emeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda boleh bertanya kepada doktor atau staf kesihatan di hospital tersebut untuk mengetahui status dan mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.