
Sulit
4 tahun
Turun haid semula setelah kering haid
Salam sejahtera,
Untuk pengetahun pihak doktor, saya berumur 39 tahun dan tiada masalah bila datang haid. Walau bagaimanapun, baru-baru ini haid saya telah kering pada hari yang keempat setelah 2 hari darah haid saya keluar dengan banyak.
Selaluya haid saya akan kering diikuti dengan tanda-tanda period hujung (keluar koko-koko). Namun pada bulan ini darah saya terus kering dan hari yang ke 9 tiba-tiba darah haid saya turun kembali.
Bolehkah doktor terangkan permasalahan yang terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, fenomena ini dikenali sebagai spotting dan ia boleh menjadi normal ataupun tidak. Spotting adalah pendarahan yang berlaku di antara dua waktu haid. Berikut merupakan sebab mengapa seseorang itu mengalami spotting:
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Kanser rahim atau serviks
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
- Masalah sistem pembekuan darah
- Disebabkan oleh implantasi atau kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.