
Sulit
3 tahun
Twin with one heartbeat
Hai semua. smlm i ada checkup 9w5d and 1st scan masa tu 5w mmg ada dua kantung, then smlm checkup twin satu baby sihat ada jantung, and one more so kecil and takde jantung, and i dh pergi hospital untuk rujuk pakar, and skrg tgh tggu date appoinment…
Soalan i, ada ke yang mcm i juga? And mcm mana ye ngn baby takde jantung tu means dia mmg takde ke? Or dia boleh survive? Ke mcm mana? Kalau ada pengalaman share lah saya nak baca juga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah mempunyai 2 kantung ketika kehamilan namun hanya 1 degupan jantung yang dapat dikenalpasti. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Kami tidak dapat memberikan pandangan yang spesifik tanpa maklumat yang lebih terperinci. Namun, terdapat suatu keadaan yang dikenali sebagai vanishing twin syndrome yang mempunyai tanda-tanda seperti yang telah anda nyatakan.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.