
Sulit
4 tahun
Ubat antibiotic dan paracetemol dapat mencairkan taik telinga atau tidak?
Saya berumur 18 tahun .
Telinga saya berasa bengang selepas saya korek telinga menggunakan cutton bad , selepas itu saya mendapatkan ubat titis yang dibeli di farmasi . Selepas 2 hari , saya ke klinik untuk memeriksa rawatan lebih lanjut . Selepas itu , saya telah mendapat ubat antibiotic dan paracetemol . Dokter tidak membenarkan saya untuk titiskan ubat kedalam telinga lagi kerana tersumbat . Soalan saya , adakah ubat antubiotic dan paracetemol itu juga dapat mencairkan ear wax dalam telinga ini?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Untuk maklumat anda, ubat antibiotik dan paracetamol tidak boleh membantu untuk mencairkan tahi telinga “ear wax”. Antibiotik digunakan untuk jangkitan dan membunuh bakteria penyebab kepada jangkitan dan paracetamol digunakan sebagai ubat tahan atau untuk melegakan kesakitan.
Masalah sakit telinga adalah gejala yang boleh memberikan pelbagai punca. Oleh kerana anda mengalaminya selepas anda korek telinga, kebarangkalian yang sakit itu berpunca kepada kecederaan atau trauma pada telinga. Anda menyatakan yang anda tidak dapat mendengar selepas korek telinga dan perkara ini boleh merujuk kepada kecederaan di gegendang telinga ataupun tahi telinga “ear wax” anda telah tersumbat dan menghalangi saluran dalam telinga. Berdenyut pada telinga boleh disebabkan oleh kecederaan atau trauma atau ianya juga boleh disebabkan oleh jangkitan pada telinga “otitis media”.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit telinga, hilang deria pendengaran serta telinga berdenyut mempunyai pelbagai punca. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar ENT mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.