
beeyee12k
5 tahun
Ubat apa boleh bagi period yang tak tentu,Dan bagi period normal semule
Ubat apa boleh bagi period normal semule? Dekat famasi ada jual tak? Apa jenama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana, haid tidak teratur boleh jadi adalah haid berlebihan atau berkurangan. Ubat yang diberikan juga haruslah bersesuaian dengan keluhan dan riwayat penyakit seseorang itu. Justeru, anda harus merujuk ke doktor mengenai permasalahan ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.