
aimimimk99
5 tahun
Ubat apa yang sesuai untuk melancarkan baid
Saya wanita bujang , haid saya lewat 2 minggu pada bulan ni . Ubat apakah yang sesuai untuk melancarkan haid saya ? Dan saya tidak mengandung. Saya tiada simptom simptom mengandung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Secara amnya, anda disarankan agar melakukan;
- Pengurangan berat badan
- Kawalan diabetes
- Pengambilan pil hormon
- Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau servik
Punca bagi sakit ini hendaklah diketahui bagi memberikan preskripsi ubat yang tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.