
Sulit
4 tahun
Ubat buasir homoroid boleh ubat sakit kebas kaki tangan kencing manis
Saya kebas kaki tangan. Doktor stop ubat metacovin dibagi ubat buasir homoroid. Boleh ke baiki saraf kaki n tangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kebas tangan yang anda hadapi. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, rawatan bagi mengatasi masalah kebas tangan adalah bergantung kepada puncanya. Maka, punca masalah adalah penting untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini. Terdapat pelbagai punca berlakunya kebas tangan, seperti kencing manis, ganglion cyst, carpal tunnel syndrome, toksin, kekurangan vitamin dan beberapa kondisi kesihatan yang lain. Ubat yang dipreskripsi oleh doktor bergantung kepada keperluan pesakit merujuk kepada gejala serta pemeriksaan yang dijalankan. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah kebas tangan yang anda alami tidak berkurang dan masih berlarutan, anda digalakkan untuk merujuk kembali perkara ini kepada doktor anda agar rawatan/ubat-ubatan alternatif dapat diberikan kepada anda.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih