Sulit
2 tahun
Ubat darah tinggi dan vaksin
Saya lelaki umur 27 yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan mengambil ubat-ubat darah tinggi dan jantung. Hari ini saya telah di vaksin dan mengikut kata rakan saya, ibu ayah dia yang juga menghidap darah tinggi, tidak mengambil ubat mereka selama 3 hari sebab takut berlaku apa2 jika bercampur vaksin dan ubat2. Adakah selamat utk mkn ubat2 yang diperlukan sebaik saja di vaksin?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu dengan balasan kami.
Untuk pengetahuan anda,vaksin Covid selamat untuk sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung
Adalah disarankan dengan tegas untuk seseorang tidak memberhentikan ubat-ubatan yang selalunya diambil untuk kondisi kesihatan asal mereka.
Ini sangat membahayakan dan akan memberikan kesan kepada kondisi kesihatan asal mereka.
Untuk pengetahuan lebih lanjut sila menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi atas talian.
Terima kasih, Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini