
Sulit
4 tahun
Ubat klinik dan ubat hospital
Sy mnghdap hipertiroid…bru2 ne mkn ubat dr klinik…saat ini ubat da abis…jd bole kah sy mkn ubat hospital utk mngurangi gejala hipertiroid ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Boleh sekiranya anda menjelaskan sejarah penyakit dan rawatan yang pernah didapatkan dari klinik, kepada doktor yang bertugas di hospital. Saya berharap anda jujur dalam sesi soal jawab bersama doktor, dan sekiranya perlu membawa kertas laporan perubatan anda ke hospital tersebut.
Namun secara umumnya, bagi mendapatkan layanan komprehensif dan lebih efektif, pesakit biasanya diminta untuk melaksanakan rawatan dari satu doktor yang khusus, agar rawatan yang berkesinambungan boleh dilaksanakan - kecuali pesakit perlu dirujuk.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Selain ubat-ubatan, perubahan gaya hidup juga boleh membantu dalam mengawal penyakit hipertiroid. Antaranya adalah:
- Meningkatkan kadar eksesais
- Menurunkan berat badan
- Menghindari faktor stres/tekanan
- Perubahan rutin diet
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.