
farah.shakhila
5 tahun
Ubat Lekat Kat Tekak
Saya wanita umur 21 tahun. Saya nak tanya kenapa tiap kali saya telan ubat mesti ubat tu rasa stuck dekat tekak saya?? Tak selesa, kadang boleh rasa pahit tu haih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab soalan ini, lebih maklumat perlu diketahui seperti jenis ubat, sejarah kesihatan dan adakah makanan lain juga terlibat. Pada umumnya, deria rasa tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja akan tetapi juga pada belakang kerongkong tekak. Ubat yang konsentrasinya pekat akan meninggalkan kesan yang berpanjangan sekiranya tidak dibilas oleh air minuman.
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala lain, anda boleh bertanya kepada kami secara privasi kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.