
Sulit
4 tahun
Ubat mati pucuk yang sesuai
Saya umur 65 apa yg sesuai utk saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kami memerlukan beberapa maklumat tambahan tentang kesihatan anda dahulu sebelum boleh memberikan kesimpulan ubat yang sesuai untuk anda. Tanpa maklumat tentang sejarah kesihatan anda, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, mati pucuk terjadi apabila tubuh badan gagal mengenal pasti ransangan yang diberikan kepada alat kelamin, dan seterusnya gagal untuk menegangkan tisu alat kelamin yang membenarkan ereksi supaya berlaku.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Dengan mengawal dan merawat faktor-faktor yang boleh diubah, risiko mati pucuk dapat dikurangkan dan ia juga boleh merawat keadaan mati pucuk. Gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat turut membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah