
cheritachucks
2 tahun
Ubat Nexium MUPS dan Ranitidine
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Dr.
Saya mengalami sakit dibahagian kanan perut dan telah diberi ubat ranitidine dan nexium mups 40mg.
Bolehkah saya makan ubat ini dengan serentak dan saya juga ingin tahu kesan sampingan memakan ubat nexium.
Sekian.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kedua dua Ranitidine dan Nexium berfungsi mengurangkan asid dalam perut yang menyebabkan sakit gastrik. Oleh itu, pengambilan kedua dua ubat serentak hanya akan memberi kesan yang cepat. Anda boleh mengambilnya secara serentak.
Kesan sampingan Nexium termasuk
- Mulut kering
- rasa mengantuk
- sembelit
- cirit birit
- rasa loya
Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini adalah sangat minima dan bukan semua orang akan mengalaminya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!